ANKARA, Turkiye: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler di Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND), di sini hari ini. Mohamed Khaled tiba pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) sebelum menerima tabik hormat daripada Pasukan Istiadat dan Perbarisan MoND sebagai simbolik kunjungan rasmi. Mohamed Khaled juga turut meluangkan masa selama hampir sejam bertemu Yasar bersama delegasi dari Malaysia. Untuk…










