KANGAR: Mangsa wanita yang cedera selepas dihempap pokok dalam kejadian ribut di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat, di sini kelmarin kini ditidurkan susulan daripada kecederaan dialaminya. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli selepas melawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. Menurut beliau, bapa mertua mangsa, Hanizam Hussin memaklumkan menantunya itu mengalami beberapa kecederaan seperti pendarahan dalam kepala dan patah tulang…