Mangsa scammer di Johor rugi RM9.4 juta

Mangsa scammer di Johor rugi RM9.4 juta

MOHAMMAD SHOFEE TAYIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Walaupun pelbagai kempen dan peringatan diberikan kepada orang awam namun masih ramai yang mudah  terpengaruh dengan pelbagai jenis penipuan  termasuk di daerah Pontian.

Pada tahun lalu dan sehingga 31 Mei  tahun ini, sebanyak RM9.4 juta kerugian dialami oleh penduduk tempatan yang melibatkan pelbagai jenis jenayah komersial.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, berkata, kes penipuan telefon (phone scam) paling banyak dilaporkan berlaku dalam tempoh yang sama.

Katanya, penipuan telefon  melibatkan sebanyak  98 kes dengan kerugian dilaporkan sebanyak RM2.8 juta, manakala pekerjaan tidak wujud kedua paling banyak dengan  RM2.3 juta atau  110 kes 

“Pinjaman tidak wujud pula melibatkan 112 kes dengan nilai kerugian adalah RM908,063.09,” katanya dalam satu kenyaatan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, pelaburan tidak wujud pula telah membawa kerugian RM2.3 juta yang melibatkan 77 kes kerana orang ramai mudah mempercayai maklumat yang diperolehi tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihannya.

“Turut menjadi mangsa ialah e-dagang ( belian secara dalam talian ) juga melibatkan 104 kes dengan kerugian sebanyak 793,378, 05  ribu,” ujarnya.

Sebanyak 14 wanita yang tinggal bersendirian pula menjadi mangsa penipuan ‘ Love Scam’ yang melibatkan kerugian sebanyak RM137,050.

Mohammad Shofee berkata, dari segi sektor pekerjaan pula,  golongan pekerja swasta paling  ramai  terpengaruh iaitu 258 kes melibatkan 147 orang terdiri daripada 117  lelaki dan 111 orang perempuan.

Jelas beliau, ini diikuti ahli perniagaan seramai 40 orang, seterusnya kakitangan awam  48 orang , pesara 18 orang, pelajar 16 orang dan  tiada pekerjaan 82 orang.

Katanya, bagi kategori  umur paling ramai terjebak dengan jenayah penipuan  komersial mereka yang berusia antara 21 hingga 31 tahun (128 mangsa) diikuti  usia 31 hingga 40 tahun seramai 110 mangsa.

“Warga emas berusia  antara 61 tahun hingga 80 tahun juga turut menjadi buruan sindiket penipuan ini dengan 40 orang menjadi mangsa setakat ini,” jelasnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN