Malaysia sokong gencatan senjata berkekalan Palestin-Israel

Malaysia sokong gencatan senjata berkekalan Palestin-Israel

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menyokong penuh cadangan memuktamadkan gencatan senjata berkekalan di Palestin dan Israel seperti dicadangkan tiga negara iaitu Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, AS diminta bertindak lebih tegas terhadap Israel sementara Malaysia masih memberi sokongan kuat terhadap cadangan dikemukakan itu.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut berbincang isu itu, malah memberi sokongan kepada Mesir, Qatar dan AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya ia (cadangan) lebih lunak berdasarkan apa yang saya pernah bincangkan dengan pimpinan Hamas sebelum ini.

“Sementara kita sokong kuat cadangan ini, kita menuntut AS bertindak lebih tegas terhadap Israel kerana ini adalah kedegilan dan keangukahan mereka.

“(Ini) kerana terlalu banyak bencana dan kesengsaraan yang terlah berlaku,” katanya ketika ditemui selepas meluncurkan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani di sini, hari ini.

Katanya, cadangan AS menerusi Presiden Joe Biden bersama Qatar dan Mesir untuk meletakkan beberapa prinsip mencapai kedamaian segera yang lebih mantap di Israel dan Palestin ialah untuk menghentikan serangan ganas ke atas Gaza.

Terdahulu, Qatar, AS dan Mesir bersama-sama menyeru Hamas dan Israel untuk memuktamadkan perjanjian merangkumi prinsip digariskan oleh Presiden Biden.

Ketiga-tiga negara itu menjadi pengantara dalam perbincangan berterusan untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tawanan serta tahanan.

Prinsip-prinsip digariskan itu menggabungkan tuntutan semua pihak dalam satu perjanjian yang memenuhi pelbagai kepentingan dan akan membawa kelegaan segera kepada rakyat Gaza.

Pada masa sama, negara pengantara itu turut menekankan bahawa perjanjian itu menawarkan jalan baru untuk gencatan senjata kekal dan menamatkan krisis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini