Malaysia - China setuju lanjut pengecualian visa

Malaysia – China setuju lanjut pengecualian visa

ANWAR Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Li Qiang (kiri) di Majlis Makan Tengah Hari bersama komuniti perniagaan Malaysia-China di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur.-FACEBOOK ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: China bersetuju untuk melanjutkan kemudahan pengecualian visa bagi rakyat Malaysia ke negara tersebut sehingga akhir tahun 2025.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang, sebagai balasan Malaysia juga bersetuju melanjutkan pengecualian kemudahan tersebut sehingga akhir 2026.

“Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan minat yang mendalam untuk meneruskan perundingan dan perbincangan mengenai pengecualian visa bersama bagi memudahkan kemasukan rakyat Malaysia dan China,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengecualian itu adalah salah satu usaha berterusan untuk memupuk serta mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pendidikan ke tahap baharu dengan mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan vokasional, penyelidikan saintifik dan pendidikan digital.

“la termasuk bagi mengiktiraf institusi pendidikan tinggi untuk bersama-sama menubuhkan institut pengajian lanjutan, meningkatkan interaksi antara badan pemikir dan pusat pendidikan, memupuk lawatan bersama antara guru serta pelajar, dan meningkatkan pertukaran budaya serta pembelajaran bersama.

“Kedua-dua pihak mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dalam bidang media, berita dan penerbitan, filem dan penyiaran bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat terutamanya generasi muda,” katanya.

Anwar dan Li sejak Selasa mengadakan perbincangan dan pertemuan dua hala susulan lawatan kerja rakan sejawatnya itu ke Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Kedua-dua negara turut mengesahkan untuk menjalankan pusingan baharu berhubung penyelidikan bersama mengenai perlindungan panda sempena memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik itu, sekali gus mengukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik.

Selain itu, Malaysia dan China bersetuju untuk bekerjasama dalam pencalonan multinasional bagi memasukkan unsur tarian singa dalam Senarai Wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi Warisan Budaya Tak Ketara (ICH) Kemanusiaan.

“Ini memandangkan kedua-dua pihak meraikan tarian singa sebagai satu bentuk perkongsian sejarah dan bersama-sama mempromosikan pemeliharaan warisan bersama,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini