PETALING JAYA: Malaysia dan China mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan secara aman berhubung isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam kenyataan bersama dikeluarkan berkata, penyelesaian akan dilakukan menerusi konsultansi dan rundingan mesra berdasarkan prinsip undang-undang antarabansa yang diiktiraf di peringkat universal. Menurutnya, ia termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa…










