Mahasiswa bersolidariti bersama Palestin Jumaat ini

Mahasiswa bersolidariti bersama Palestin Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menganjurkan Himpunan Solidariti Perdana Siswa Malaysia Bersama Palestin di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing, Jumaat ini. 

Naib Presidennya, Aliff Malique Abdul Malek berkata, mahasiswa memiliki tanggungjawab moral untuk menyokong solidariti dengan rakyat Palestin yang terus berjuang untuk hak asasi manusia dan keadilan. 

Katanya, konflik berterusan di Palestin mencipta penderitaan yang berlarutan dan sebagai generasi masa depan, perlu bangun bersama dalam menyuarakan sokongan. 

“Keadaan di Palestin bukanlah perkara yang jauh atau tidak berkaitan dengan kita. Ia adalah isu global yang melibatkan hak asasi manusia, keadilan dan keamanan dunia. 

“ Jadi, (mahasiswa) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS, mari kita bersatu dalam Perhimpunan Solidariti Palestin, memperkuat suara kami dan bersama-sama membawa perubahan positif bagi mereka yang memerlukan sokongan kami. 

“Masa depan Palestin bergantung pada kita semua dan dengan bersatu, kita dapat mencipta perubahan yang bererti,” katanya dalam kenyataan. 

Aliff Malique berkata, MPPK percaya mahasiswa dapat berpeluang mempelajari dengan lebih mendalam tentang isu-isu yang berkaitan dengan konflik di Palestin, melalui himpunan itu nanti. 

Katanya, ia termasuk hak-hak asasi manusia yang dilanggar, penindasan dihadapi oleh rakyat Palestin dan cara membantu secara aktif dalam memberikan sokongan kepada mereka.

“Kami juga dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan sesama pelajar yang berkongsi hasrat yang sama untuk membantu Palestin. 

“Sokongan kami kepada Palestin bukanlah sekadar kata-kata kosong. Ia adalah tindakan nyata untuk mengubah dunia menjadi tempat yang lebih adil dan sejahtera bagi semua orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN