LUMUT: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bersama Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menyerahkan pampasan Takaful Gadai Janji Penyelesaian Pembiayaan LPPSA kepada tujuh waris pegawai dan anggota insiden kemalangan helikopter yang masih mempunyai pembiayaan perumahan dengan lembaga itu. Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Nawawi, secara simbolik telah menyampaikan replika cek pampasan berjumlah RM1,958,766.33 kepada Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Abd Halim Shaari, yang…










