KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Thailand sebak ketika membuat rayuan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu 170 liter minyak petrol tanpa lesen, April lalu. Tertuduh, Suphachai Awaekuechi, 41, yang mengemukakan rayuan di hadapan Hakim Rohaida Ishak gagal menahan sebak ketika memohon agar kenderaan yang disita dikembalikan semula kepadanya. “Saya minta maaf dan merayu dikenakan hukuman denda. Saya ada tanggungjawab mencari nafkah untuk anak…










