LAHAD DATU: Hasrat murni seorang lelaki menyelamatkan adik dan anak saudaranya yang dihanyutkan arus deras berakhir tragedi selepas mangsa ditemukan lemas di Sungai Dewata, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya sebelum dibawa ke Hospital Lahad Datu yang berada pada jarak 32 kilometer atau 40 minit perjalanan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner, Dzulbaharin Ismail berkata,…










