Lelaki, cucu saudara maut kereta terbabas, langgar pokok - Utusan Malaysia

Lelaki, cucu saudara maut kereta terbabas, langgar pokok

KEADAAN kereta dipandu Samsul Bahri Awang Noh selepas terbabas dan melanggar pokok di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang lelaki dan cucu saudaranya maut setelah kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di Kampung Mengabang Panjang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian pukul 2.20 pagi itu meragut nyawa Samsul Bahri Awang Noh, 50, dan Nik Muhammad Syahidan Rosli, 20.

Menurut Azli, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen menghala dari arah Kampung Batu Rakit menuju ke rumah di Jerteh, Besut.

“Setibanya di tempat kejadian Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, kereta dipandu Samsul Bahri disyaki telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta itu melanggar sebatang pokok dan besi enjin air yang berada di bahu jalan sebelah kanan menyebabkan besi tersebut terpelanting mengenai sebuah Proton Iriz yang diparkir dalam sebuah garaj berdekatan.

“Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan Samsul Bahri dan Muhammad Syahidan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Katanta, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN