Bayi 36 minggu maut, wanita hamil parah kemalangan - Utusan Malaysia

Bayi 36 minggu maut, wanita hamil parah kemalangan

SEORANG wanita hamil cedera manakala bayi berusia 36 minggu dalam kandungannya maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.3, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang wanita hamil cedera manakala bayi berusia 36 minggu dalam kandungannya maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 4.3, Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Yusof Othman berkata, kemalangan yang dilaporkan berlaku pada pukul 1.55 petang.

“Siasatan awal mendapati pacuan empat roda berkenaan dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 61 tahun yang memasuki simpang sebelum bertembung dengan motosikal berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Impak kemalangan menyebabkan penunggang motosikal cedera parah di bahagian kepala dan mengamalkan pendarahan dalaman menyebabkan bayi dalam kandungannya meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, wanita itu sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, manakala lelaki warga emas berkenaan tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×