ALOR SETAR: Petani perlu bersedia menyerap kenaikan kos mengusahakan tanaman padi yang mungkin akan berlaku selepas ini susulan kenaikan harga diesel yang ditetapkan pada kadar RM3.35 sen seliter bermula semalam. Ini berikutan, jentera pertanian seperti mesin padi, traktor dan lori membawa padi tidak lagi menikmati subsidi diesel yang dibimbangi memberi impak besar terhadap penanaman padi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Bertindak Petani di kawasan MADA, Che Ani Mat Zain…