Kontena terbang: Wang tunai lebih RM3 juta dijumpai

Kontena terbang: Wang tunai lebih RM3 juta dijumpai

AZAM Baki ketika melancarkan buku ‘The Sin Of Coruption A Religious Perspective', di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai tiga lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ‘kontena terbang’.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, pihaknya turut menjumpai wang tunai berjumlah lebih RM3 juta.

“Saya telah mengarahkan timbalan saya (Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya) untuk mendedahkan penemuan wang ini yang begitu besar dalam kalangan mereka yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran buku ‘The Sin Of Coruption A Religious Perspective’, di sini hari ini.

Azam menjelaskan, pihaknya mengemukakan permohonan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi menahan seorang warga Singapura dipercayai dalang dalam kes ini termasuk membuat rangkaian risikan dengan negara tersebut.

“Kita (SPRM) telah mulakan permohonan melalui AGC kerana permohonan kepada negara luar memerlukan kelulusan AGC.

“Tetapi kita juga telah membuat rangkaian perisikan dengan Singapura bagi mengesan pihak terbabit,” ujarnya.

Pada 6 Jun lalu, tujuh individu termasuk pegawai JKDM ditahan melalui Op Transit selepas terbabit dalam kes kontena terbang yang bergiat aktif di Pelabuhan Klang, Selangor.

Mereka disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada negara.

Hasil operasi dijalankan SPRM dan JKDM itu berjaya menahan 19 kontena yang mengandungi pelbagai barangan import. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×