Keterangan saksi, ibu bapa Zayn Rayyan tidak selari 

Keterangan saksi, ibu bapa Zayn Rayyan tidak selari 

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Percanggahan keterangan saksi dan ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin antara punca polis melanjutkan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis sedang menjalankan pelbagai usaha bagi melengkapkan kertas siasatan. 

“Ada perkara yang perlu disemak semula kerana ada perkara yang tidak selari serta konsisten daripada keterangan saksi dan sebagainya menjurus kepada tangkapan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Kita telah selesai soal siasat fasa pertama untuk reman tujuh hari. Ada perkara yang perlu kita semak semula.

“Ini kerana ada perkara yang masih tidak seiring dengan siasatan, jadi kita sambung reman enam hari untuk lengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, di sini hari ini.

Hussien berkata, masih terlalu awal bagi polis  untuk memaklumkan apa yang akan berlaku termasuk pertuduhan di mahkamah.

Katanya, dalam tempoh lanjutan reman ini, polis akan berusaha melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

“Kes masih dalam siasatan. Sebab perlu enam hari lagi reman kerana ada perkara perlu siasatan lanjut, ada yang bercanggah dan perlu kita betulkan sampai kita puas hati. 

“Bukan hanya dari mereka (ibu bapa) tetapi dari saksi lain,” ujarnya.

Kata beliau, polis telah memanggil pengasuh Zayn Rayyan dan dua ahli keluarganya untuk dirakam keterangan dalam tempoh reman pertama.

“Beri peluang polis siasat dan adalah tidak wajar terlalu memberi butiran terperinci agar tidak ganggu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×