Kesan bom, peluru berpandu umpama gempa bumi

Kesan serangan bom, peluru berpandu di Gaza umpama gempa bumi

bom
Seorang kanak-kanak perempuan yang cedera diusung ke hospital di Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza berikutan serangan bertali arus tentera zionis semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami fikir le­tupan yang berlaku benar-benar seperti gempa bumi, tetapi apabila kami bangun, kami mendapati lubang besar di tanah berhampiran rumah kami disebabkan peluru berpandu mengenai lantai dan meletup di tingkat bawah.”

Demikian pengalaman menakutkan diceritakan bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asma Hussein Eslayeh apabila rumah milik keluarganya dibedil roket tentera Israel.

Selepas hampir sembilan bulan diserang tentera Israel dan hidup dalam konflik serta krisis kemanusiaan yang masih belum kelihatan penghujungnya, tumpuan mereka kini adalah menyelamatkan diri daripada serangan tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Asma, 31, berkata, impak letupan akibat serangan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel telah memberi kesan kepada banyak bahagian di setiap kawasan di Khan Younis.

Katanya, mereka dapat melihat serangan yang dilakukan di depan mata dari tempat tinggal yang didiami di Khan Younis kerana terletak hanya beberapa kilometer dari Rafah.

“Kami boleh melihat serangan yang kuat berlaku di Rafah kerana terdapat abu dan kesan serangan akibat impak letupan dari serangan itu umpama seperti gempa bumi yang boleh memusnahkan dalam sekelip mata.

“Serangan yang berlaku di Rafah boleh didengari dari tempat tinggal kami kerana kawasan ini kecil dan serangan tidak terhad kepada Rafah sahaja namun masih berlaku di seluruh Gaza termasuk di Khan Younis,” katanya.

Selain itu, serangan tentera Israel masih lagi berterusan sama ada di beberapa kawasan termasuk Khan Younis kerana terdapat ahli keluarga beliau yang mengalami kecederaan serius dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mengulas lanjut, Asmaa berkata, orang ramai juga diminta berpindah dari Rafah ke tempat yang lebih selamat di Khan Younis dan di Deir el-Balah namun tidak semua kawasan di Khan Younis dianggap selamat kerana beberapa bahagian masih berada dalam zon merah.

Katanya, sempadan Karem Abu Salem yang terletak di antara kawasan kami dan kawasan yang diduduki di bawah kawalan tentera Israel dibuka untuk kemasukan barang-barang ko­mersial. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN