Kerajaan nafi benar aktiviti kartel sebelum Akta 712

Kerajaan nafi benar aktiviti kartel sebelum Akta 712

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan kerajaan membenarkan aktiviti kartel dalam industri sebelum ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, apabila menggunakan perkataan ‘dahulu’ bermaksud semasa Akta Persai­ngan 2010 (Akta 712) belum ada.

“Tanpa Akta 712, tiada la­rangan terhadap perusahaan-perusahaan membentuk kartel harga. Pada masa sama, apabila mereka menyampaikan isu dan cabaran melalui persatuan mereka kepada kerajaan.

“Kerajaan pada masa tersebut selalu menasihatkan agar mereka berbincang antara satu sama lain untuk bersatu menetapkan harga atau syarat perdagangan dengan harapan mereka dapat mengatasi isu serta cabaran berkaitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kelmarin, Mingguan Malaysia melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persai­ngan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail berkata, kartel berpunca apabila sekurang-kurangnya dua perusahaan berkomplot, menaikkan harga pada tahap yang sama atau menetapkan hal ehwal perdagangan seperti mengurangkan pengeluaran, membahagikan pasaran dan lain-lain.

“Suka atau pun tidak, dahulu, kerajaan secara tidak langsung yang menggalakkan kartel. Kerajaan kata, anda (perusahaan) bekerjasama dan tentukan harga. Anda naikkan harga pada tahap yang sama supaya semua tidak akan rugi.

“Tetapi, ini dahululah, bukan sekarang. Sekarang mungkin ada, tetapi jarang. Sejak MyCC memberi advokasi dan menjalankan penguatkuasaan, mereka semua (pengusaha syarikat) melihat dan mende­ngar,” katanya.

Fuziah berkata, aktiviti kartel yang berlaku sebelum Akta 712 dikuatkuasakan tidak boleh diambil tindakan.

“Bagaimanapun, selepas Akta 712 dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012, KPDN melalui MyCC telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lebih 250 syarikat dan mengenakan penalti kewangan lebih dari RM500 juta kerana aktiviti kartel.

“Terdapat dua seksyen dalam akta yang berkaitan kartel iaitu Seksyen 4 berhubung larangan membentuk kartel dan Seksyen 40 iaitu mana-mana perusahaan yang didapati bersalah melanggar Seksyen 4, mereka dikenakan penalti kewangan sebanyak 10 peratus dari modal pusing ganti.

“Jadi, apabila satu perusahaan terlibat dalam kartel selama setahun dan memperoleh RM100 juta dari situ, MyCC akan denda RM10 juta,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN