Kenapa tak ada tangan? - Zubir Khan lali ditanya, dikecam - Utusan Malaysia

Kenapa tak ada tangan? – Zubir Khan lali ditanya, dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Selalu soalan yang saya dapat, kenapa tak ada tangan. Ada segelintir orang, tengok fizikal bukan tengok bakat.”

Demikian luahan penyanyi baharu, Zubir Khan yang sudah berdepan kecaman atau persoalan disebabkan kekurangan dirinya yang tiada tangan kiri akibat termasuk dalam mesin kek sewaktu berusia empat tahun.

Jelas Zubir, ada yang menganggap dia ‘menipu’ dan mahu menggunakan kekurangan diri untuk meraih simpati demi mempromosikan lagu baharunya.

“Soal kecaman ini, saya sudah biasa. Selalunya pasal tangan saya. Kadang bila bersiaran langsung di media sosial, orang selalu tanya kenapa tak ada tangan. Ada yang cakap, eh kejap kiri kejap tangan.

“Biasalah, bila kita guna kamera depan dan belakang, kadang-kadang tangan kiri jadi kanan. Bila macam itu, ramailah yang bertanya. Takkan nak kena tunjuk sampai bahu baru orang percaya saya tak ada tangan kan.

“Tetapi saya sudah biasa terima kecaman dan pertanyaan seperti itu. Bukan nak cakap mereka tuduh saya menipu tetapi mungkin ada yang tak nampak jelas. Dalam video pun kadang-kadang tak nampak,” ujarnya.

Ditanya bagaimana dia bermula sebagai penyanyi lagu Tamil, Zubir berkata, dia bermula sebagai penyanyi undangan di kenduri kahwin dan dikenali dalam kalangan orang India disebabkan mahir bercakap dan mencipta lagu dalam bahasa Tamil.

“Saya bermula menyanyi sekitar 2017, menyanyi di kenduri kahwin. Satu hari itu, ada seorang kawan tegur kata saya boleh menyanyi lagu Tamil. Dia suruh saya belajar lagi.

“Banyak perubahan selepas dikenali .Sebelum ini orang India panggil saya Zubir, bila dah mula dikenali dalam kalangan kaum Melayu, mereka panggil ‘hey Matcha’.

“Ada yang siap menyanyi lagu saya lagi. Semestinya saya gembiralah kan. Benda baharu, dulu peminat saya ramai kaum India tetapi sekarang Melayu pun sudah kenal,” ujarnya.

Untuk info, antara lagu Tamil nyanyian Zubir yang popular di YouTube dan mencatat jutaan tontonan ialah Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu, OMK (Oh My Khadhale) duet bersama Ezra Kairo.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN