Ribut: PPS dibuka, bantuan segera disalur - MB

Ribut: PPS dibuka, bantuan segera disalur – MB

PPS ribut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa ribut yang melanda kawasan penduduk dan sekolah di Sijangkang, Kuala Langat semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau memantau situasi ribut yang melanda terutama di kawasan berkenaan dan meneliti keadaan semasanya.

“Bantuan segera akan disalur kepada mangsa. PPS juga dibuka oleh Unit Bencana Daerah.

“Kerajaan negeri akan terus memantau dan meneliti keadaan semasa terutama kesan akibat hujan lebat dan ribut yang berlaku dalam tempoh beberapa hari ini.

”Doa saya buat semua mangsa agar diberikan kesembuhan dan keselamatan dari segala mudarat,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, beberapa kawasan sekitar Meru dan Sijangkang dilanda ribut dan puting beliung menyebabkan kerosakan teruk pada kediaman, sekolah, premis perniagaan dan kenderaan penduduk.

Malah, berdasarkan video tular dalam media sosial, ribu kuat disusuli puting beliung kira-kira pukul 4 petang menyebabkan kerosakan besar pada di Telok Panglima Garang termasuk meranapkan sebahagian bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan.

Selain itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tersebut turut menyebabkan runtuhan pada bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang yang mengakibatkan seorang pekerja cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×