KLUANG: Kena usung anak untuk tutup akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Itulah dilema dihadapi Shapidah Shahed, 50, ketika berurusan untuk menutup akaun remaja ‘TING’ ASB milik anaknya, Mohd. Zaki Hanapi, 23, di sebuah bank di bandar ini baru-baru ini. Walaupun sudah diterangkan keadaan anak sulungnya itu yang terlantar koma akibat kemalangan motosikal tujuh tahun lalu, namun itu tidak mengubah pendirian pihak berkenaan bahawa anaknya perlu dibawa sebagai pengesahan urusan dilakukan.…










