KDN serah kepada Fahmi Fadzil jawab isu Telegram bocorkan siasatan

KDN serah kepada Fahmi Fadzil jawab isu Telegram bocorkan siasatan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Isu sekatan terhadap media sosial khususnya satu akaun Telegram yang didakwa membocorkan kandungan siasatan kes mangsa pembunuhan, Zyan Rayyan Abdul Matiin bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia akan diserahkan kepada Kementerian Komunikasi melalui Menterinya, Fahmi Fadzil untuk tindakan lanjut.

“Biar Fahmi yang jawab,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat India Sungai Bakap, hari ini.

Polis sebelum itu memaklumkan bahawa mereka menerima dua laporan berkaitan kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Saifuddin meminta supaya ibu bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan polis sekiranya berasa terancam selepas sebahagian daripada maklumat yang dikatakan diperoleh daripada hasil siasatan bocor menerusi media sosial.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini juga telah memaklumkan kepada pengendali platform media sosial TikTok dan Telegram untuk menurunkan kandungan dakwaan maklumat siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN