NIBONG TEBAL : Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap dapat mengekalkan momentum untuk mempercepatkan proses berkaitan permohonan kewarganegaraan sepanjang tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Shaifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini, tiga permohonan yang diberi tumpuan oleh pihak kementerian melibatkan anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak yang lahir di luar negara dengan bapanya bukan dikategorikan sebagai warga negara Malaysia. “Kita dah capai KPI (petunjuk prestasi utama) untuk tahun lepas iaitu…