KUALA LUMPUR: Adik kepada pelakon, Bella Astillah, Didi Astillah, berharap kemelut rumahtangga kakaknya akan menemui jalan penyelesaian terbaik hari ini.
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, dalam nada berseloroh akan memarahi kakaknya sekiranya mereka memilih untuk tidak bercerai.
“Kami baru tiba dari Jakarta pagi tadi, memang kami suka ke sana pergi makan dan lain-lain.
“Jika tidak jadi bercerai, saya marah. Saya juga wakil netizen.
“Insya-Allah doakan semuanya berjalan lancar. Saya tidak boleh cakap banyak,” katanya.
Didi ditemui Utusan Malaysia di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding keputusan laporan Jawantakuasa Pendamai (JKP).
Bukan itu sahaja, penyanyi Bermanja Manja itu juga mengatakan keluarganya sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan mahkamah hari ini.
“InsyaAllah (sudah bersedia). Doakan,” ujarnya sekali lagi.
Terdahulu, Didi dilihat hadir bersama ahli kekuarga bagi memberi sokongan moral kepada kakaknya, Bella Astillah, untuk prosiding hari ini.
Sebelum ini, Bella telah memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac kerana tiada lagi perasaan sayang.
Pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella dengan alasan masih menyayangi isterinya itu membuatkan keputusan Jawatankuasa Pendamai dilakukan hari ini.
Dalam prosiding hari ini, Bella diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais manakala Aliff diwakili peguam syarie, Hadi Salleh.-UTUSAN