Isu Don Daniyal: Boleh ajak bincang, tak perlu serius sangat

Isu Don Daniyal: Boleh ajak bincang, tak perlu serius sangat – Mohd. Na’im

MOHD. Naim Mokhtar ketika hadir melancarkan kit pendakwa syarie pada Majlis Al-Liqa' Al- Qanuniy 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Ustaz Don Daniyal bagi mengadakan perbincangan serta mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi melibatkan pendakwah terkenal itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, bagaimanapun, beliau akan berbincang dengan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusof terlebih dahulu sebelum mengadakan pertemuan bersama pendakwah itu.

“Kita dalam Islam, asas agama untuk menasihati antara satu sama lain dan Jakim sebelum ini memang mengambil pendekatan untuk menasihati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, saya akan bercakap dengan Ketua Pengarah Jakim dan bincang benda ini, ia tidak perlu serius sangat. ‘Over the table atau tea’ (secara santai), kita boleh jemput,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Al-Liqa Al- Qaniniy 2024 di sini semalam.

Terdahulu, Don Daniyal ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi yang terpalit dengan dirinya.

Mohd. Na’im pada masa sama menasihatkan kepada pendakwah itu untuk sentiasa merendah diri dan mengakui kesilapan sekiranya ada.

“Cuma kena ada sifat rendah diri untuk terima kita silap, mengakui kesilapan tidak kira sebesar mana kita, kena ada sifat tawaduk untuk terima kesilapan dan terus pandang depan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im turut menasihatkan golongan agamawan untuk terus berhati-hati dalam memberikan nasihat selain membuat rujukan terhadap hadis yang mahu disampaikan.

“Maknanya, kena pastikan rujukan contoh hadis, perlu semak sama ada hadis itu betul-betul sahih dan sebagainya.

“Itu nasihat yang saya berikan kepada semua. Kepada rakyat pula, mereka perlu rujuk kepada mereka yang berautoriti,” katanya.

Mngulas lanjut, Mohd. Na’im memaklumkan, negeri-negeri juga mempunyai jawatankuasa tauliah yang memberi tauliah kepada mereka yang hendak menyampaikan isu berkaitan keagamaan.

“Tidak semua diberi tauliah tersebut, bila diberikan, maka saya harapkan mana-mana pihak yang ingin menjemput agamawan untuk sampaikan ceramah dan beri penjelasan kepada rakyat, kita mahu lahirkan rakyat berilmu pengetahuan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini