PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) mendakwa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak memahami konsep majoriti-minoriti dalam hal pegangan ekuiti korporat. Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan berkata, terdapat perbezaan pemilikan terus BlackRock dalam syarikat tersenarai tempatan dan pegangan tidak langsungnya dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selepas penswastaan selesai. “Hakikatnya, sama ada lima peratus atau 25 peratus pemilikan saham, ia tetap pegangan minoriti. Pemilik…










