PUTRAJAYA: Integriti proses perjalanan pilihan raya di negara ini tidak dipersoalkan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada para pemerhati pilihan raya. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom berkata, malah, mereka berpandangan amat berpuas hati dengan proses tersebut yang setakat ini disifatkan lancar dan teratur. Bagaimanapun, katanya, ada beberapa perkara kecil yang boleh diperbaiki untuk tujuan penambahbaikan pada masa depan. “Setakat ini (proses perjalanan pilihan raya) teratur dan…










