Ibu, bapa Zayn Rayyan sambung reman enam hari - Peguam

Ibu, bapa Zayn Rayyan sambung reman enam hari – Peguam

PASANGAN Ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan disambung reman anam hari lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu disambung reman enam hari lagi, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Peguam baharu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd. Moin berkata, perintah sambung reman itu akan dilanjutkan sehingga Rabu, 12 Jun.

“Polis memohon untuk sambung reman selama tujuh hari tetapi mahkamah menetapkan mereka disambung reman selama enam hari.

“Sepatutnya mereka tidak perlu ditahan terlalu lama tetapi polis meminta berdasarkan bahan bukti selama penahanan reman sebelum ini. Diharapkan agar mereka dilepaskan selepas enam hari ini,” katanya kepada sidang akhbar selepas prosiding permohonan lanjutan reman.

Semalam, akhbar ini melaporkan, polis akan memohon sambung reman terhadap ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi meneruskan siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan tersebut selepas tempoh reman tamat hari ini. 

Ditanya sama ada terdapat pengakuan daripada ibu bapa mangsa, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan direman selama tujuh hari sehingga hari ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam kanak-kanak autistik tersebut.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ditahan di sekitar Puncak Alam pada 1 Jun lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×