Hubungan Malaysia-China atas dasar saling menghormati 

Hubungan Malaysia-China atas dasar saling menghormati 

ANWAR Ibrahim (kanan) dan Li Qiang (kiri) ketika hadir Majlis Makan Tengah Hari bersama komuniti perniagaan Malaysia-China di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur.-FACEBOOK ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan erat Malaysia dan China dibina atas dasar sikap saling hormat- menghormati.

Perdana Menteri berkata, hubungan itu terjalin sejak pemerintahan Maharaja China dan Sultan Melaka dan perhubungan itu  menguntungkan kedua-dua negara.

“Ramai rakan saya di luar negara mempersoalkan sama ada hubungan dua hala kita yang dipertingkatkan dengan China boleh merugikan Malaysia, terutamanya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang lebih kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memberi jaminan bahawa hubungan kita (Malaysia – China) kukuh dalam sikap saling menghormati,” katanya di Facebook miliknya, hari ini.

Anwar berkata,  kepimpinan  China disifatkan  mesra, berbudi bahasa dan lebih penting menghormati Malaysia.

“Walaupun bertubi-tubi soalan dan naratif, terutamanya dari Barat, saya telah menyaksikan pemahaman yang mendalam dan penghayatan perbezaan budaya dari China.

“Sepanjang perbincangan kami, tidak ada tanda-tanda keangkuhan atau merendahkan diri. Kami menangani isu berbangkit sebagai rakan kongsi yang sama dan rakan yang dipercayai,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya mahu rakyat Malaysia dan komuniti  antarabangsa yakin bahawa hubungan Malaysia dengan China dibina atas rasa hormat dan persahabatan yang tulus.

“Kami kekal komited untuk memupuk dan mengukuhkan ikatan antara Malaysia dan China,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini