NIBONG TEBAL : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan hampir RM18 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur awam di Seberang Perai demi kesejahteraan penduduk setempat. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ia meliputi sepuluh projek membabitkan projek bina baharu, baikpulih projek pembangunan serta kerja-kerja menaik taraf landskap termasuk penyaluran peruntukan kepada enam Inisiatif Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). “Menerusi peruntukan sama, projek terbesar yang bakal dilaksanakan ialah pembinaan Balai Bomba…