PERMATANG PAUH : Sebanyak 1,378 kes sindiket penipuan atau ‘scammer’ membabitkan guru direkodkan sepanjang tahun lepas hingga April tahun ini dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah RM37,602, 652.60. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, daripada jumlah itu, jenayah komunikasi yang digunakan sebagai modus operandi oleh sindiket tersebut merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 479 kes. “Selain itu, jenayah e-dagang (sebagai modus operandi) juga…