IPOH: Gara-gara mahu mengelak dicekup pihak berkuasa, 10 wanita warga Vietnam disyaki pelayan pelanggan (GRO) sanggup bersesak dalam sebuah bilik rahsia tanpa pengudaraan sempurna. Bagaimanapun, cubaan mereka itu gagal apabila berjaya dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dalam serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Pasir Puteh di sini semalam. Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, kecekapan anggota telah berjaya mengesan dan menggagalkan taktik licik wanita…







