GEORGE TOWN : Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes pergaduhan menggunakan senjata membabitkan dua lelaki tempatan, di Jelutong, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komissioner Razlam Ab. Hamid berkata, ia susulan penularan satu rakaman video tersebut yang berdurasi kira-kira 15 saat di aplikasi WhatsApp sejak pukul 11 malam, semalam. “Hasil semakan mendapati, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi di Jelutong yang melibatkan…