PETALING JAYA: Fasa pertama pelaksanaan sistem invois elektronik (e-invois) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal bermula 1 Ogos ini dengan melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin memaklumkan, fasa kedua pula akan melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM 25 juta hingga RM100 juta. “Justeru, dengan garis masa ini, LHDN selaku pelaksana akan memastikan…










