MEKAH: Jumlah kematian dalam kalangan jemaah haji Malaysia mencatatkan peningkatan dengan enam orang direkodkan setakat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah haji Malaysia sebanyak 14 orang. Katanya, jemaah meninggal dunia akibat sakit jantung, paru-paru berair dan jangkitan kuman dalam darah. “Pihak Hospital Arab Saudi dan petugas TH (Lembaga Tabung Haji) telah membantu waris kepada Allahyarham…










