Duda, janda berdua-duaan dalam kereta ditahan polis

Duda, janda berdua-duaan dalam kereta ditahan polis

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Pasangan duda dan janda yang berada berdua-duan dalam sebuah kereta ditahan polis kerana melarikan diri ketika  cuba diperiksa di Pekan Bahau di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan  ternampak sebuah kereta di bahu jalan di hadapan sebuah bank dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, polis telah menyalakan  lampu beacon kenderaan pasukan dan keluar dari kenderaan memperkenalkan  diri kepada pasangan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, ketika anggota polis mahu membuat pemeriksaan dan meminta kad pengenalan, lelaki dalam kereta terus mengundurkan kenderaan dan melarikan diri selain cuba menghimpit kenderaan pasukan.

“Pasangan itu  berjaya ditangkap selepas dikejar sehingga jalan mati di Jalan Datuk Thong Hiang Kim iaitu  kira-kira satu kilometer,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kata  Chang Hook lagi, siasatan awal  duda berkenaan  bekerja sebagai pemandu kereta madrasah manakala wanita bersamanya  bekerja sebagai pengutip derma.

Menurut beliau, punca mereka  melarikan diri kerana berasa takut kerana kedua-duanya mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

“Ujian air kencing kedua-dua yang ditahan  negatif dadah. Semakan mendapati duda itu mempunyai empat rekod jenayah manakala janda itu pula mempunyai 19 rekod lampau iaitu tiga rekod jenayah dan 16 dadah. Mereka kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini