Doakan yang terbaik - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Doakan yang terbaik – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Doakan yang terbaik.”

Demikian respons penyanyi dan pelakon, Bella Astillah semasa tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 12:40, di sini, hari ini.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, hadir bagi prosiding keputusan laporan Jawantakuasa Pendamai (JKP) ditemani keluarga dan peguamnya, Azmi Mohd Rais.

“Saya sudah lambat, tunggu saya keluar nanti (untuk ulas lanjut).

“Doakan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya ringkas.

Dimaklumkan, Bella baru tiba daripada Jakarta pagi tadi sebelum bergegas ke mahkamah.

Terdahulu, kontroversi melibatkan rumah tangga Bella dan Aliff Aziz bermula apabila Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies, di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Rentetan daripada itu, Bella telah memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Mac kerana tiada lagi perasaan sayang.

Pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella dengan alasan masih menyayangi isterinya itu lalu. membuatkan prosiding keputusan laporan JKP ditetapkan semula pada 13 Jun.

Kemelut antara mereka menjadi semakin marak apabila seorang wanita, Sarah Yasmine mendedahkan dirinya adalah kekasih kepada Aliff dan mendedahkan tangkap layar perbualan mesra Aliff dan Ruhainies.

Bella juga sebelum ini pernah mendedahkan Aliff telah mencuranginya sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya sendiri.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Mereka pernah bercerai talak satu pada April 2020 namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.

Aliff dan Bella dikurniakan dua orang anak iaitu Ayden Adrean,6, dan Ara Adreanna,3 sepanjang perkahwinan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN