SEREMBAN: Dua buah kolam renang yang menjadi lokasi insiden dua orang kanak-kanak lemas di negeri ini kelmarin tidak mempunyai lesen untuk beroperasi daripada pihak berkuasa tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, setiap kolam renang untuk kegunaan orang awam perlulah mendapatkan kelulusan daripada PBT. Namun dua kolam renang tersebut iaitu masing-masing di sebuah rumah kelab di Lenggeng di sini dan sebuah inap desa…










