Dekati pengundi: Mula dengan kawasan putih dulu

Dekati pengundi: Mula dengan kawasan putih dulu

JOOHARI ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah
MEMASUKI hari kelima kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, kedua-dua calon yang bertanding iaitu Dr. Joohari Ariffin daripada Pakatan Harapan (PH) dan lawannya, Abidin Ismail dari Perikatan Nasional (PN) dilihat mula menggiatkan kempen masing-masing untuk bertemu pengundi-pengundi di Sungai Bakap. Wartawan Utusan Malaysia, Iswan Shafiq Isa sempat menemui Joohari atau kini dikenali sebagai Cikgu Jo untuk berkongsi perjalanan kempennya setakat ini.

UTUSAN: Boleh ceritakan per­kembangan kempen Cikgu Joohari setakat ini?
Joohari: Semalam hari keempat saya dan jentera keluar berkempen dan kita mula menggiatkan kempen untuk mendampingi masyarakat dari rumah ke rumah melalui program seperti Jejak Kasih. Saya percaya dengan program seperti ini, kalau kita dapat teruskan, insya-Allah, kita boleh menyentuh hati pengundi untuk memberikan keputusan yang tepat dalam pilihan raya ini.

Setakat ini, sudah berapa peratus kawasan yang Cikgu sampai (dalam berkempen)?

Kalau tanya saya, saya banyak ke tempat-tempat awam. Tetapi, jentera-jentera kita (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional) sedang bergerak dari rumah ke rumah. Jadi, dari segi peratusan itu, setakat ini, kita bermula dengan 14 peratus dan didarab dengan tiga. Jadi, hampir 40 peratus minggu (sudah diliputi). Jika tak sempat, kita akan sambung minggu depan. Apapun, pendekatan itu akan berpanjangan dan akan kita pelbagaikan.

Bagaimana dengan pene­rimaan masyarakat atau pengundi di Sungai Bakap terhadap Cikgu ketika ini?

Setakat ini saya tak ada isu sangat dengan masyarakat sebab saya seorang guru dan lebih mesra dengan mereka. Jadi, lebih senang untuk saya bercakap (berkomunikasi dengan pengundi).

Ada dakwaan mengatakan bahawa tidak semua masalah akan selesai kalau pengundi memilih parti kerajaan (Perpaduan) pada PRK ini. Pandangan Cikgu?

Ya, saya tahu dakwaan ini. Tetapi, kalau pilih pembangkang pun, adakah semua masalah akan selesai juga?

Dalam ceramah sebelum ini, Cikgu ada beritahu mahu putihkan kawasan kelabu. Jadi, proses pemutihan itu setakat ini sudah bermula atau belum?

Berdasarkan perbincangan antara saya dengan jentera, kita akan mulakan dengan kawasan putih dahulu. Maknanya pengundi di situ (kawasan putih) kita kenal. Macam itulah. Kawasan kelabu insya-Allah akan bermula fasa kedua (pertengahan kempen) nanti. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN