PUTRAJAYA: Seorang warga Singapura akhirnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikehendaki pihak berkuasa itu kerana menjadi dalang ‘Sindiket kontena terbang’ sehingga negara kehilangan RM3.5 bilion akibat ketirisan cukai. Bayaran rasuah itu disogok kepada pegawai penguat kuasa di pelabuhan Klang, Selangor sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport oleh syarikat-syarikat milikannya untuk tidak dikenakan bayaran cukai. Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kira-kira…