IPOH: Kerajaan Perak belum ada sebarang pendirian berhubung dakwaan sebuah sekolah menengah agama negeri (SMAN) akan dipindahkan ke tempat lain kerana lokasi sedia ada mahu dijadikan pusat komersial. Dakwaan berkenaan membabitkan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah (Serata), kononnya ada cubaan pihak tertentu untuk memindahkan sekolah itu ke Seri Iskandar, Perak iaitu kira-kira hampir 40 kilometer daripada lokasi asal. Perkara itu mendapat bantahan yang diusahakan menerusi borang dalam talian Google Form dan…










