Cheetah ambil langkah perangi produk tiruan - Utusan Malaysia

Cheetah ambil langkah perangi produk tiruan

KETUA Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin (kiri) berbincang dengan Pegawai KPDN Selangor selepas mengadakan mesyuarat semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Syarikat yang menghasilkan jersi pasukan bola sepak Perak FC, Cheetah Malaysia meningkatkan usaha memerangi barangan tiruan jenama syarikat tersebut.

Jurucakap Cheetah berkata, langkah itu untuk melindungi pengguna dan mengekalkan integriti jenamanya.

Menurutnya, peningkatan jual beli atas talian dan permintaan serta penghasilan produk tiruan mendorong Cheetah mengambil tindakan tegas dengan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor untuk mengenal pasti dan membongkar operasi cetak rompak.

Dalam taklimat secara kolektif bersama pegawai kanan KPDN Selangor dan Perak FC baru-baru ini, Cheetah Malaysia berharap berkongsi maklumat dan berkerjasama dengan pihak berkuasa,

“Cheetah Malaysia mempergiatkan usaha untuk mengesan dan mencegah barangan tiruan, memantau secara aktif di pasaran atas talian, platform media sosial serta bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha,” kata jurucakap itu.

Katanya, syarikat itu juga sudah mendapatkan khidmat peguam untuk membawa pesalah ke muka pengadilan dan melindungi hak harta inteleknya.

Menurutnya, TraX, iaitu kod QR unik ditampal disetiap jersi oleh Cheetah bagi memastikan pelanggan membeli dan mendapatkan barangan yang tulen.

Jelasnya, Cheetah percaya pengguna yang berpengetahuan lebih bersedia untuk mengenal pasti produk tulen.

“Kami merancang untuk melancarkan kempen pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko yang berkaitan dengan barangan tiruan dan memberikan petua tentang cara mengesannya.

“Pengguna digalakkan untuk melaporkan sebarang produk yang mencurigakan yang mengandungi label Cheetah kepada khidmat pelanggan syarikat atau melalui laman web rasmi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN