KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular mencabul seorang wanita di sebuah pasar raya, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin. Irwan didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 38 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya di sebuah premis di Selayang pada pukul 2 petang, 4 Jun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya