Bukan sebab hutang - Yasmine Ow - Utusan Malaysia

Bukan sebab hutang – Yasmine Ow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Model dan pempengaruh asal Malaysia, Yasmine Ow, menolak dakwaan kononnya masalah hutang ditanggung bekas suami yang juga pelakon Indonesia Aditya Zoni menjadi punca perceraian mereka.

Kata Yasmine, tanggapan itu sama sekali tidak benar kerana yang menjadi punca adalah mereka tidak lagi tinggal sebumbung selain pernah Aditya pernah melafazkan talak sepanjang mereka bergelar suami isteri.

“Tiada kaitan dengan masalah hutang. Malah saya bantu dia dalam hal itu.

“Kami sudah lama berpisah, tiada kesefahaman.

“Dia juga pernah lafaz talak, disebabkan itu saya failkan cerai,” Kata Yasmine ketika hadir ke pejabat agama Cibinong, Jawa Barat, semalam.

Spekulasi berhubung masalah dialami bekas pasangan suami isteri itu mula disebarkan selepas keduanya tidak lagi berkongsi gambar atau video bersama di media sosial.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Yasmine memberi bayangan perkahwinannya bergolak menerusi beberapa hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Yasmine bertegas dengan keputusan untuk bercerai dan sedia bergelar janda.

“Untuk kembali bergelar suami isteri, tidak sebab saya sudah dijatuhkan talak agak lama.

“Tumpuan saya sekarang adalah uruskan anak,” kongsinya.

Bekas pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zayn Serdar Enver yang berusia dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN