Budak autisme dijumpai lemas dalam kolam air

Budak autisme dijumpai lemas dalam kolam air

SEORANG kanak-kanak autisme dijumpai lemas ketika sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah taman tema air di Kepala Batas, Pulau Pinang.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL/HANG CANGKUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dijumpai lemas ketika sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah taman tema air di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang juga merupakan seorang kanak-kanak autisme dijumpai oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di situ kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman, keluarganya sebelum itu menyedari kanak-kanak terbabit hilang ketika mereka sedang bermandi-manda.

Katanya, mereka kemudian melaporkan kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu kepada kakitangan taman tema berkenaan.

“Mangsa dijumpai dalam kolam yang sedang diubahsuai dengan paras air ketika itu adalah sedalam kira-kira satu meter.

“Jarak lokasi penemuan mangsa dengan lokasi keberadaan ahli keluarganya pula adalah 20 meter. Difahamkan, pekerja terbabit sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zulkeflee berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kepala Batas.

“Setakat ini, kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya yang memaklumkan, mayat tersebut telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke kediaman mereka di Selangor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN