Bantah pelaksanaan kelas BM: Tunggu laporan penuh JPN dahulu

Bantah pelaksanaan kelas BM: Tunggu laporan penuh JPN dahulu

MOHAMAD ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berkenaan bantahan terhadap pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, pihaknya mengambil maklum tentang aduan yang disuarakan oleh Lembaga Sekolah bagi 11 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) itu berhubung arahan pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi sekurang-kurangnya satu kelas oleh JPN.

Katanya, program Dual Language Programme (DLP) iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dimulakan secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Pulau Pinang, sebanyak 50 buah sekolah menengah dan 35 buah sekolah rendah telah terlibat dengan program DLP ini. Apapun, kita masih menunggu laporan penuh daripada pihak JPN berkenaan isu yang dibangkitkan ini,” katanya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang telah menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan mekanisme tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kerajaan negeri mengakui kepentingan penggunaan bahasa yang sesuai dalam proses pembelajaran ketika ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan JPN untuk memastikan bahawa isu ini diberi perhatian untuk pelaksanaan dengan cara yang paling berkesan iaitu dengan mengambil kira keperluan semua sekolah,” katanya. .-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini