Azizi tangguh fail afidavit cabar keputusan Speaker DUN Kelantan

Azizi tangguh fail afidavit cabar keputusan Speaker DUN Kelantan

MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim menangguh hasrat  memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini bagi mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan susulan beberapa dokumen belum lengkap.

Peguam kepada Mohd. Azizi, R.  Aswath berkata, besar kemungkinan afidavit berkenaan akan difailkan esok atau lusa.

“Sepatutnya kita fail hari ini namun kita tidak dapat berbuat demikian kerana beberapa dokumen tidak lengkap.

“Mungkin esok atau lusa kita failkan. Kita hanya failkan secara dalam talian sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Azizi berkata, pihaknya menyerahkan segala urusan berkaitan perkara itu kepada peguamnya untuk memfailkan afidavit tersebut.

“Mengikut peguam, kita ada tiga defendan iaitu yang pertama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan defendan ketiga adalah Speaker DUN, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

“Dalam kes ini, kita fail untuk mohon injuksi supaya mahkamah keluarkan injuksi untuk tangguh dulu keputusan untuk diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam masa terdekat,”katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula Rabu lalu.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima satu notis bertulis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 28 Jun bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN