Anwar solat sunat Aidiladha dengan warga Putrajaya

Anwar solat sunat Aidiladha dengan warga Putrajaya

ANWAR Ibrahim solat sunat Aidiladha dengan warga Putrajaya di Masjid Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan sambutan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat hari raya bersama kira-kira 20,000 jemaah di Masjid Putra di sini pagi ini.

Anwar yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru muda tiba di Masjid Putra kira-kira pukul 7.50 pagi sebelum disambut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Anwar turut diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Yang turut hadir menunaikan solat sunat tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Pada masa sama, Anwar turut meluangkan masa seketika memimpin bacaan takbir bersama ribuan jemaah yang hadir termasuk warga asing sebelum menunaikan solat Aidiladha pada pukul 8.23 pagi.

Solat sunat Aidiladha itu dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali sebelum menyampaikan khutbah bertajuk ‘Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita’.

Sebelum beredar, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN