Anwar hulur bantuan kepada Azman Adnan

Anwar hulur bantuan kepada Azman Adnan

Farhan Fauzi (kiri) menghulurkan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan (kanan) melalui rutin Ziarah Madani mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politiknya, Farhan Fauzi melalui rutin Ziarah Madani. 

Katanya, bekas penyerang pasukan bola sepak Selangor itu kini memerlukan fisioterapi secara berkala akibat menderita sakit tulang kaki. 

“Azman turut mengalami beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan. 

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar bekas penyerang sensasi Selangor itu agar kembali sihat. 

Menerusi di ruangan komen, beberapa pengguna media sosial turut mendoakan kesembuhan buat bekas pemain bola itu dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan perdana menteri. 

“Terbaik PMX prihatin terhadap mereka yang pernah menyumbang tenaga demi negara. Semoga wira bola sepak negara kembali sihat, aamiin,” tulis seorang pengguna Instagram. 

“Teruskan sebar kebaikan PMX, biarkan Allah yang menilai bukan manusia,” komen pengguna lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN