KUALA LMPUR: Seorang anggota Tentera Darat daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak dilaporkan hilang ketika sedang bertugas di Limbang, Sarawak bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) Sarawak. Sel Perhubung Raya Tentera Darat dalam kenyataan berkata, anggota berkenaan Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim didapati hilang ketika menyertai Op Ukur. Katanya, Op Ukur adalah operasi dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan, yang…