TANAH MERAH: Tindakan pantas seorang anak mendukung ibunya yang uzur sebelum meredah api dan terjun dari bahagian tingkap berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung dalam kejadian di Bukit Bunga, Kampung Jakar dekat sini terbakar hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Kamariah Abdullah, 78, baru sahaja selesaikan menunaikan solat subuh dan terdengar jeritan cucu yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Cucunya, Norhusnina Md.Idrus, 25, berkata, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu…










